an online Instagram web viewer
  • houseofcat
    CURRENTLY CLOSED
    @houseofcat

Images by houseofcat

Usai solat Maghrib, aku melangkah masuk ke kamar kucing untuk menjenguk mereka. Apa sudah tidur? Mata aku tertumpu pada beberapa kesan tompokan dan ketulan darah yang kelihatan bersisa di beberapa sudut lantai. Tak kurang ada juga percikan darah di dinding bilik. Mata aku meliar. Mencari punca. Dari mana datang sekian banyak darah itu. Anak mata teralih pada satu ketulan darah kecil. Seperti gumpalan rambut dan darah. Tapi aku endahkan. Aku sekadar berlapang dada. Barangkali gumpalan bulu kucing sahaja. 
Hati aku luluh melihat Dory terbaring lemah di lantai. Mulutnya dipenuhi lelehan darah pekat. Aku memaut erat tubuh kecil Dory. Tubuh inilah yang banyak mencuri hati pelanggan House Of Cat sekian hari. Dan tubuh kecil inilah yang terkadang berjaya memujuk luka kami semua. 'Dory, janganlah pergi lagi'
.
Azan Isyak berkumandang. Sisa darah Dory ada yang terkena baju. Aku lekas menukar pakaian baharu. Usai itu aku terus berwhuduk. Hujan tiba tiba turun. Renyai renyai membasahi bumi Shah Alam. Seolah olah langit sedang menangisi penderitaan Dory. Dia istimewa bagi kami. Saat itu aku lebih redha, selayaknya Dory pulang. Aku memanjatkan doa. "Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmat dan kasihMu, engkau mengirimkan dia (Dory) kepada kami. Dan dengan rahmat serta kasihMu jua aku redha jika Engkau ingin menjemput dia (Dory) kembali. Ya Rabb, ampunkan aku dan sahabat-sahabatku kerana gagal menjaga amanahMu ini. Aamin" 
Sambil tersenyum aku memandang lama tubuh Dory. Tubuhnya kaku. Kucing kucing yang lain memandang aku sepi. Aku merapati sangkar di mana aku rehatkan Dory. Aku memanggil perlahan namanya berulang kali. Tiada sebarang balasan. 
Ya Allah. Dory sudah pulang. Tenang. Matanya terpejam rapat. Aku mengangkat perlahan tubuhnya Dory. Aku ribakan. Saat ini air mata tidak dapat aku bendung lagi. Aku meraung sepuas hati. Biar Dory dan semua kucing tahu sebenarnya aku belum bersedia kehilangan. 
Dory, nanti kirimkan doa buat kami semua. Semoga Allah pelihara Dory di sana. Kami yakin Allah sebaik baik penjaga. Dunia ini tak layak untuk Dory. Kejam. Dory baik. Kami redha lepaskan Dory pulang. .

Cerita penuh ada di facebook kami .

houseofcatzz ..
Usai solat Maghrib, aku melangkah masuk ke kamar kucing untuk menjenguk mereka. Apa sudah tidur? Mata aku tertumpu pada beberapa kesan tompokan dan ketulan darah yang kelihatan bersisa di beberapa sudut lantai. Tak kurang ada juga percikan darah di dinding bilik. Mata aku meliar. Mencari punca. Dari mana datang sekian banyak darah itu. Anak mata teralih pada satu ketulan darah kecil. Seperti gumpalan rambut dan darah. Tapi aku endahkan. Aku sekadar berlapang dada. Barangkali gumpalan bulu kucing sahaja. Hati aku luluh melihat Dory terbaring lemah di lantai. Mulutnya dipenuhi lelehan darah pekat. Aku memaut erat tubuh kecil Dory. Tubuh inilah yang banyak mencuri hati pelanggan House Of Cat sekian hari. Dan tubuh kecil inilah yang terkadang berjaya memujuk luka kami semua. 'Dory, janganlah pergi lagi' . Azan Isyak berkumandang. Sisa darah Dory ada yang terkena baju. Aku lekas menukar pakaian baharu. Usai itu aku terus berwhuduk. Hujan tiba tiba turun. Renyai renyai membasahi bumi Shah Alam. Seolah olah langit sedang menangisi penderitaan Dory. Dia istimewa bagi kami. Saat itu aku lebih redha, selayaknya Dory pulang. Aku memanjatkan doa. "Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmat dan kasihMu, engkau mengirimkan dia (Dory) kepada kami. Dan dengan rahmat serta kasihMu jua aku redha jika Engkau ingin menjemput dia (Dory) kembali. Ya Rabb, ampunkan aku dan sahabat-sahabatku kerana gagal menjaga amanahMu ini. Aamin" Sambil tersenyum aku memandang lama tubuh Dory. Tubuhnya kaku. Kucing kucing yang lain memandang aku sepi. Aku merapati sangkar di mana aku rehatkan Dory. Aku memanggil perlahan namanya berulang kali. Tiada sebarang balasan. Ya Allah. Dory sudah pulang. Tenang. Matanya terpejam rapat. Aku mengangkat perlahan tubuhnya Dory. Aku ribakan. Saat ini air mata tidak dapat aku bendung lagi. Aku meraung sepuas hati. Biar Dory dan semua kucing tahu sebenarnya aku belum bersedia kehilangan. Dory, nanti kirimkan doa buat kami semua. Semoga Allah pelihara Dory di sana. Kami yakin Allah sebaik baik penjaga. Dunia ini tak layak untuk Dory. Kejam. Dory baik. Kami redha lepaskan Dory pulang. . Cerita penuh ada di facebook kami . houseofcatzz ..
Gema takbir di pagi raya,
Mr.freddie siap segak bergaya,
Kunjung-mengunjung adat budaya,
Jangan di lupa duit raya .
.

#houseofcat #kucingPunNakRaya #raya2017 #HOC #MrFreddie #britishshorthair #teratakucing #kucing #cat #grey #meriahdihariraya #balikampunghatihati
Jappp mak!! Tak leh bagi aku tido jap.. nak suru pasang langsir la tu. .
.

#houseofcat #teratakucing #kucing #sphynx #ludvig #abangbotak
Berbuka apa hari ni? 🌙 . . - SELAMAT BERBUKA - .
.

#houseofcat #kucing #HOC #kucingmalaysia #cats #cat #teratakucing
Hai keluarga besar House Of Cat
.
Sedih pula
.
Teratak Kucing kita dah dirobohkan sepenuhnya. Tempat inilah anak-anak kami bermain dulu. Berlari sama sama. Susah senang kami sebelum ini, disinilah. Kalau kami ada masalah, kucing jadi pemujuk hati. Berpeluk berguling kami dengan mereka, disinilah. Sebelum semua musibah ini menimpa. Sekarang kami terpisah dalam paksa. Semua berbeza. Tapi kenangan manis yang Allah izin ini tetap tak dapat lupa
.
Terima Kasih Semua
Hai keluarga besar House Of Cat . Sedih pula . Teratak Kucing kita dah dirobohkan sepenuhnya. Tempat inilah anak-anak kami bermain dulu. Berlari sama sama. Susah senang kami sebelum ini, disinilah. Kalau kami ada masalah, kucing jadi pemujuk hati. Berpeluk berguling kami dengan mereka, disinilah. Sebelum semua musibah ini menimpa. Sekarang kami terpisah dalam paksa. Semua berbeza. Tapi kenangan manis yang Allah izin ini tetap tak dapat lupa . Terima Kasih Semua
Minta maaf semua
.
Kami tak dapat teruskan perjuangan ini lagi 😢 Doakan kami sembuh
.
Ramai juga yang hina kami, kutuk kami dan pertikaikan setiap keputusan kami. Ada yang doakan supaya kami dan kucing kucing kami mati
.
Kami tak marah, cuma harap sangat kalian terus doa yang baik baik
.
Kucing-kucing kami tak beri percuma, tapi kami pindah milik dengan bayaran serendah (waras akal). Harap faham la kenapa kami jual sebab ada yang kami beli dengan harga RM35k, tapi kami lepaskan dengan harga paling tinggi pun sekarang RM2K dan ke bawah sahaja
.
Pindah milik tak bermakna kasih dan cinta pada anak anak kami ini hilang. Allah lebih tahu sakitnya kami menanggung dugaan. Berat hati nak lepas. Tapi cukuplah kucing diseksa dan teraniaya. Kami nak jaga kebajikan kucing. Kami tak mahu penting diri. Cukuplah kami manusia sahaja sakit
.
Tuan-tuan, boleh rujuk post terbaru kami di facebook page House Of Cat untuk maklumat lanjut berkenaan jualan kucing
.
https://m.facebook.com/houseofcatzzz/
. 
Nota: untuk makluman, akaun instagram ini akan diambil alih secara penuh oleh salah seorang rakan niaga kami. tapi jangan risau, Kemaskini tentang kecomelan kucing kucing akan terus diuruskan oleh beliau. Jadi teruskan menyokong inshaaAllah
.
Terima kasih
.
House Of Cat dalam ingatan
Minta maaf semua . Kami tak dapat teruskan perjuangan ini lagi 😢 Doakan kami sembuh . Ramai juga yang hina kami, kutuk kami dan pertikaikan setiap keputusan kami. Ada yang doakan supaya kami dan kucing kucing kami mati . Kami tak marah, cuma harap sangat kalian terus doa yang baik baik . Kucing-kucing kami tak beri percuma, tapi kami pindah milik dengan bayaran serendah (waras akal). Harap faham la kenapa kami jual sebab ada yang kami beli dengan harga RM35k, tapi kami lepaskan dengan harga paling tinggi pun sekarang RM2K dan ke bawah sahaja . Pindah milik tak bermakna kasih dan cinta pada anak anak kami ini hilang. Allah lebih tahu sakitnya kami menanggung dugaan. Berat hati nak lepas. Tapi cukuplah kucing diseksa dan teraniaya. Kami nak jaga kebajikan kucing. Kami tak mahu penting diri. Cukuplah kami manusia sahaja sakit . Tuan-tuan, boleh rujuk post terbaru kami di facebook page House Of Cat untuk maklumat lanjut berkenaan jualan kucing . https://m.facebook.com/houseofcatzzz/ . Nota: untuk makluman, akaun instagram ini akan diambil alih secara penuh oleh salah seorang rakan niaga kami. tapi jangan risau, Kemaskini tentang kecomelan kucing kucing akan terus diuruskan oleh beliau. Jadi teruskan menyokong inshaaAllah . Terima kasih . House Of Cat dalam ingatan
. .

1. Waktu bangun sahur😴
2. Pukul 12 tengah hari⏱
3. Lepas balik bazaar🍗
4. Tunggu azan maghrib🕌 . .

#houseofcat #nikmatRamadhan #ramadhan #kucingPunNakPuasaJugak #freddie #britishshorthair #kucingBuatDrama #teratakucingNo1Malaysia
Freddie & semua ahli keluarga nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua fans-fans, cop! Ada fans ker? Haha.. semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk kita semua dan memberikan seribu pengertian bagi kita semua. Jangan ponteng puasa pulak! Malam ni freddie nak start makan banyak-banyak ni.. 🍔🌭🍟 .
.

#houseofcat #freddie #budakNakal #ramadhanKaliNi #britishshorthair #teratakucingNo1
Freddie & semua ahli keluarga nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua fans-fans, cop! Ada fans ker? Haha.. semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk kita semua dan memberikan seribu pengertian bagi kita semua. Jangan ponteng puasa pulak! Malam ni freddie nak start makan banyak-banyak ni.. 🍔🌭🍟 . . #houseofcat  #freddie  #budakNakal  #ramadhanKaliNi  #britishshorthair  #teratakucingNo1 
Tuan-tuan
.
Sedikit teguran buat mereka yang masih meminta kucing percuma daripada House Of Cat
.
Kami harap ramai sedia maklum kami tutup bukan sebab kami muflis. Bukan tuan tuan
.
Kami masih mampu jaga kucing kucing kami. Adapun kalau kami mati sekalipun sebab semua benda sihir ni. Kami tak akan bagi kucing kucing  yang kami jaga dan besarkan macam anak anak sendiri suka hati dekat orang
.
Tidak tuan-tuan
.
Sungguhpun ada yang nak bergurau. Tak kena masa dan tempatnya tuan-tuan
.
Kami tutup kedai sebab kami nak rehatkan badan, nak rehatkan jiwa. Bukan sebab nak 'letgo' kucing dan sedekah sana sini
.
Kucing mahal atau murah, kami layan sama
.
Mereka keluarga kami tuan-tuan. Tuan-tuan cuba bayang tuan-tuan sedekah anak sendiri dekat orang. Minta maaf pada yang minta kucing-kucing kalau kalian terasa hati dan sebagainya. Macam macam alasan kami terima. Ada yang minta kucing sebab nak bagi hadiah dekat adik lah, kawan lah, jiran lah dan sebagainya
.
Ada yang marah kami. Katanya kami berlagak, sombong sebab tak mahu beri kerjasama, tak mahu bagi kucing percuma dekat mereka yang nak tolong jaga
.
Isunya bukan itu tuan-tuan. Bukan sebab kami berlagak. Kami masih mengharap ihsan dan doa semua orang. Tapi bukan begini caranya tuan tuan
.
Makin deras air mata kalau macam ni kami dilayan. Tolong faham dan beri ruang pada kami untuk pulihkan diri
.
Tolong 😢
.
Kami akan terus kemaskini perkembangan dan kesihatan kucing House Of Cat melalui instagram dan facebook kami. Bagi yang terus kirim doa dan menyokong. Terima kasih! Semoga Allah balas jasa baik kalian.
Tuan-tuan . Sedikit teguran buat mereka yang masih meminta kucing percuma daripada House Of Cat . Kami harap ramai sedia maklum kami tutup bukan sebab kami muflis. Bukan tuan tuan . Kami masih mampu jaga kucing kucing kami. Adapun kalau kami mati sekalipun sebab semua benda sihir ni. Kami tak akan bagi kucing kucing yang kami jaga dan besarkan macam anak anak sendiri suka hati dekat orang . Tidak tuan-tuan . Sungguhpun ada yang nak bergurau. Tak kena masa dan tempatnya tuan-tuan . Kami tutup kedai sebab kami nak rehatkan badan, nak rehatkan jiwa. Bukan sebab nak 'letgo' kucing dan sedekah sana sini . Kucing mahal atau murah, kami layan sama . Mereka keluarga kami tuan-tuan. Tuan-tuan cuba bayang tuan-tuan sedekah anak sendiri dekat orang. Minta maaf pada yang minta kucing-kucing kalau kalian terasa hati dan sebagainya. Macam macam alasan kami terima. Ada yang minta kucing sebab nak bagi hadiah dekat adik lah, kawan lah, jiran lah dan sebagainya . Ada yang marah kami. Katanya kami berlagak, sombong sebab tak mahu beri kerjasama, tak mahu bagi kucing percuma dekat mereka yang nak tolong jaga . Isunya bukan itu tuan-tuan. Bukan sebab kami berlagak. Kami masih mengharap ihsan dan doa semua orang. Tapi bukan begini caranya tuan tuan . Makin deras air mata kalau macam ni kami dilayan. Tolong faham dan beri ruang pada kami untuk pulihkan diri . Tolong 😢 . Kami akan terus kemaskini perkembangan dan kesihatan kucing House Of Cat melalui instagram dan facebook kami. Bagi yang terus kirim doa dan menyokong. Terima kasih! Semoga Allah balas jasa baik kalian.
Selamat pagi cinta hati hamba❤️💋☺️
. .

TERATAK KUCING NO.1 MALAYSIA 
#houseofcat #teratakucingpalingmurahdimalaysia #teratakucing #kucing #cats #persian #domesticshorthair #kamal #harrypotter
Mengharungi dugaan bersama mu..🎶🎵🎶 .
.

#houseofcat #teratakucing #dendanganUntukKalian #khasBuatMu
Perpisahan ini❤️🎶 .
.

#houseofcat #laguKhasBuatKalian #teratakucing
HARI TERAKHIR HOUSE OF CAT
.
Assalamualaikum
.
Cinta Allah selalu hebat. Terkadang Dia uji dengan ujian yang berat sehingga kita rasa bagai tiada lagi harapan di dunia ini. Bukan sebab dia lepaskan daripada pandangan. Tapi sebab Dia nak kita rasa bahawa Dia lah tempat bergantung terbaik di Dunia dan Akhirat
.
Terima Kasih kepada semua yang datang semalam 20 Mei. Kami mohon maaf kerana banyak yang kurang. Kami tak sangka sokongan kalian hebat begini. Lemah dan kurang daripada kami. Kami kurang persediaan. Ratusan kunjungan di luar jangkaan. Maaf dan ampunkan salah silap kami ya.
.
Semoga Allah lindung dan jaga kita semua
.
Hari ini hari terakhir kami beroperasi
.
Dibuka seawal 11 pagi
.
Jangan sedih, Allah selalu ada
HARI TERAKHIR HOUSE OF CAT . Assalamualaikum . Cinta Allah selalu hebat. Terkadang Dia uji dengan ujian yang berat sehingga kita rasa bagai tiada lagi harapan di dunia ini. Bukan sebab dia lepaskan daripada pandangan. Tapi sebab Dia nak kita rasa bahawa Dia lah tempat bergantung terbaik di Dunia dan Akhirat . Terima Kasih kepada semua yang datang semalam 20 Mei. Kami mohon maaf kerana banyak yang kurang. Kami tak sangka sokongan kalian hebat begini. Lemah dan kurang daripada kami. Kami kurang persediaan. Ratusan kunjungan di luar jangkaan. Maaf dan ampunkan salah silap kami ya. . Semoga Allah lindung dan jaga kita semua . Hari ini hari terakhir kami beroperasi . Dibuka seawal 11 pagi . Jangan sedih, Allah selalu ada
Awak semua, taknak sedih-sedih tau! Doakan kami kat sini semua selamat yer.. terima kasih atas doa kalian, semoga anda semua di murahkan rezeki.. Aminnn .
.

TERATAK KUCING NO.1 MALAYSIA .

#taknaksedih #houseofcat #doakanyangterbaik #amin #teratakucingNo1 #dihatianda
Salam Maghrib
.
Memandangkan ramai yang tanya apa yang jadi? Dah ikhtiar pergi berubat ke? Dan nak tahu serba sedikit cerita
.
Boleh baca tulisan kami di 
Facebook Page House Of Cat
.
https://m.facebook.com/houseofcatzzz/
.
 Kat situ gambar pun jelas
.
Doakanlah yang terbaik.
Moga Allah ampunkan dosa kita semua.
Salam Maghrib . Memandangkan ramai yang tanya apa yang jadi? Dah ikhtiar pergi berubat ke? Dan nak tahu serba sedikit cerita . Boleh baca tulisan kami di Facebook Page House Of Cat . https://m.facebook.com/houseofcatzzz/ . Kat situ gambar pun jelas . Doakanlah yang terbaik. Moga Allah ampunkan dosa kita semua.